R&I :: Bridging Grants
Publication Fund Previous Page Print Home
 

Salah satu peluang untuk menepatkan kedudukan USM pada berbagai penarafan/ranking dunia adalah dengan meningkatkan kuantiti penerbitan terutamanya dalam jurnal-jurnal bertaraf Q1 & Q2 selaras dengan keperluan MyRA II sebagai Universiti Penyelidikan. Oleh yang demikian, JKPU telah meluluskan penggunaan peruntukan RU bagi membiayai yuran penerbitan bagi kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Q1/Q2 dalam bidang sains dan Q1/Q2/Q3/Q4 bagi bidang bukan sains.

Jumlah pembiayaan maksimum bagi kertas kerja yang diterbitkan adalah sebanyak RM5,000.00 sahaja.

 

Kriteria dan syarat permohonan adalah seperti berikut :

  • Pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00/kertas kerja. Bakinya perlu dibayar sendiri oleh penyelidik atau melalui geran penyelidikan atau PTJ masing-masing.
  • Pembiayaan hanya untuk kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal Q1/Q2 (sains) dan Q1/Q2/Q3/Q4 (bukan sains) pada tahun semasa sahaja.
  • Pembiayaan tidak terhad kepada jumlah kertas kerja.
  • Penyelidik digalakkan membuat pembayaran terlebih dahulu dan mengemukakan Borang Tuntutan Imbuhan ke RCMO.
  • Borang yang lengkap diisi beserta dengan dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar kepada RCMO.
 
Download
New Page 1
Publication (Article In Journal) Fee Funding Application Form [ download]
 
 
 
  Copyright Division of Research & Innovation, USM | Contact Us Hits :